Sunday, June 26, 2011

Apa aku Rasa...

Aku tak la secantik Erra Fazira..
tapi aku masih ada kecantikan tersendiri..
kadang-kadang aku rasa ye ke cantik..(Bersyukur dengan kurniaannye..)

Aku tak la setinggi lampai mcm model.
.tapi aku rasa mcm tinggi(perasan tinggi dulu berangan nk jd polis)
Kadang-kadang aku rasa nak cuba bergayut kt pokok(dah cuba pun) kunun leh tinggi..hihi..tak masuk akal....
Aku tak la se popular Siti Nurhaliza..
tapi aku tetap popular di hati mak ayah aku..
kadang-kadang aku rasa memang tak popular pun..

Aku tak la sejutawan Erni Dekritawati
(aku rasa ada lg yg kayo kt Malaysia ni..hihi..)..tapi aku masih boleh jadi jutawan dalam khayalan..
kadang-kadang aku rasa macam ia je..walaupun duit dalam wallet ada beberapa henget je..hihi
Aku tak la seseksi Zila Bakarin (azizah mahzan pn boleh kot..uwerkk)...tapi aku rasa masih lagi seksi ada part dia..hahaha
Kadang-kandang aku rasa merimaskan..
Aku tak la sebaik khadijah...tapi aku rasa dah buat sehabis baik dengan org..
Kadang-kadang aku rasa org tak nampak kebaikan aku..huhu...



Thursday, June 9, 2011

The Past is a Memory...

"Whatever with the past has gone, the best is always yet to come"
Ayat sms yang aku terima sewaktu masuknye umur aku yang ke 33...
Sms dari seseorang yang aku kenali 4 tahun lepas...
N3 aku kali ni bukanlah untuk mencemuh..mengumpat..mengata..membenci atau apa-apa je la
aku cuma nak meluahkan sahaja. Ayat yang senang untuk di perkatakan tetapi sukar untuk di lalui
oleh aku masa tu. Huh..perit juga nak menjaga hati yang telah terluka. Bukan senang hendak melupakan
perkara yang pernah aku lalui sewaktu keperitan yang di lalui seoarang diri.

Orang yang memperkatakan ayat sedemikian memang sudah pasti telah menemui jalan
kehidupan kebahagian yang dia lalui sekarang ini. Tinggal aku terkonteng-konteng mengharungi lorong yang sempit sendirian. Kebahagian yang aku harapkan musnah akibat kebodohan aku sendiri, sudah ada bukti dan kata-kata orang aku masih lagi tidak mempedulikan kerana aku teramat mempercayainya walaupun kadang-kadang aku dapat merasakan sesuatu yang tidak enak di rasakan..perasaan itu memperkatakan ianya bakal berlaku perkara yang tidak molek. Akan tetapi aku tetap harung juga..kerana sayang..
Ermmm..bila perkara keperitan itu datang terjelopok aku dibuatnyer...bagaikan kaki tidak berpijak pada di bumi yang nyata. Aku rebah, sendirian menghadapinya. Hanya padanya tempat untuk aku mengadu nasib, meraung kesedihan..hanya dia yang tahu apa  yang aku rasakan. Kesedihan itu aku simpan rapat-rapat tanpa di ketahui oleh keluarga. Walaupun pada akhirnya mereka tetap mengetahuinya..dan pada waktu itu aku sudah boleh tersenyum. Pada rakan-rakan yang mengetahuinya, masih nampak aku tabah menghadapi dugaan itu, tiada air mata yang aku pamirkan di depan mereka...aku tahan aku tidak mahu air mata ini jatuh didepan mereka..aku tidak suka..biarlah aku mengalirkan air mata sendirian dan sedaya upaya mereka membuatkan aku tidak meningatkan perkara perit itu. Terima kasih kawan. Gelak tawa mengurangkan beban yang aku rasakan pada masa itu.Alhamdulillah..sekarang aku sudah boleh tersenyum..
Syukur kerana aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata ini untuk aku meneruskan sisa-sisa kehidupan yang ada ini.
Aku harap apa yang di katakan "the best is always yet to come" menanti untuk aku gapai. Allah telah menemukan aku dengan seseorang membuatkan hidup aku kembali ceria..dan itu juga adalah dugaan yang dia berikan pada aku. Aku perlu tabah dan berbanyak bersabar bagi menghadapinya walau apa-apa yang bakal berlaku..aku hanya mampu tersenyum, kerana itu adalah lumrah kehidupan. Smile Always be happy.

Heroin..