"Nyanyuk bermaksud kemerosotan fungsi daya pemikiran. Penyakit ini progresif iaitu semakin lama semakin teruk. Ia biasanya dialami oleh golongan usia 65 tahun ke atas. Bagaimanapun, golongan usia muda juga tidak terlepas termasuk kanak-kanak. Nyanyuk di kalangan orang muda yang berusia 4 sehingga 45 tahun di kenali sebagai 'pre senile dementia’ manakala kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental seperti Sindrom Down juga boleh mengalami penyakit ini," jelas Pakar Neurologi dan Perunding Perubatan HUKM, Prof. Madya Dr. Raymond Azman Ali.
Nyanyuk yang aku nak ceritakan berkenaan nenek aku..hihi..Nenek aku skrg berada peringkat nyanyuk tahap yang boleh dikatakan teruk juga. Kadang-kadang nak tergelak juga bila lihat telatah dia yang pelupa tu, Kadang-kadang naik bosan bila dia bertanya soalan yang sama.kami tetap layan..walaupun tak sampai sesaat selepas bertanya..dia akan tanya lagi soalan yang sama. Aku dan family yang jaga nenek, faham sangat dah perangai nenek yang nyanyuk. Apa yang perlu kami lakukan layan dia dan jaga dia dengan baik. Itu sudah mencukupi bagi dia..ada orang jaga..ada orang mandikan dia..ada orang sediakan makanan dia....
Soalan yang sering nenek tanya pada kami :-
-
"Nenek ni dan bangun kebelum?"..pada hal memang dia dah bangun dan sedang berjalan..
- "Ni malam ke siang ni?" padahal nenek aku sedang berada diluar rumah dengan keadaan cuaca yang terang benderang
"Eh..nenek ni macamna ya?"..seperti tiada arah tujuan..padahal kami nak bawa dia mandi.
-"Eh..bila nenek makan..tak ada pun?..padahal baru je beberapa saat dia telah menghabiskan sepinggan nasi..hihi
-" Nenek panggil kau Sipah..cari kau tak ada?" Padahal mak ada dalam rumah.
-" Nenek cari sorang pun tak ada..sampai ke kebun nenek cari"..yang ni macam konfiden je yang nenek boleh berjalan kat kebun yang merbahaya tu...padahal dia tidak kemana-mana pun duduk kat pangkin bawah pokok jambu..
-"Bila pulak nenek berak..mana ada?"..padahal orang lain dah berbau..deria bau dan rasa nenek dah macam tak berfungsi lagi..
-"Nenek dah mandi tadi"..padahal tak ada sapa pun yang mandikan nenek lagi..
-"Nenek nak minum air...padahal baru je dia lepas minum..bila diberitahu sudah minum..tak mengaku
Nenek aku dalam kebanyakkan hal..memang dia tak akan mengaku sesuatu perkara berlaku padanya..bila kita tunjuk bukti baru dia nak mengaku perkara lepas yang sudah dilakukan. Hihi..nenek..nenek..
Keadan nenek yang sebegitu rupa terpaksa menggunakan Pampers..sebab macam yang aku cakapkan tadi deria rasa nenek sudah berkurangan..
Mandi pun sama..kami kene mandikan nenek..nenek dah tak reti nak mandi sendiri
Pakai pampers, pakai baju dan seluar...semua memang sudah tidak reti untuk melakukan sendiri..
Betul apa yang orang cakap..orang nyanyuk ni dah macam kanak-kanak..semua perlu bantuan orang.
"Kopi" hihi..air ini kami panggilkan candu untuk nenek. Bila dia dapat air kopi memang kompom dia segar..
Kalau tak dapat kopi...bila bancuh air susu..dia minum sikit dan akan tolak ketepi tak berminat gamaknyer.
Pernah suatu hari nenek mambuk kopi. Aku balik keje ternampak nenek aku dah terbaring di beranda rumah dengan keadaan mulut dan baju penuh dengan muntah kopi. Aku dah panik mula-mula tu..ingatkan nenek tak sedarkan diri..bila di panggil-pangil baru dia bangun. Bila ditanya.. dia jatuh sebab pening kepala.
"Kuat"..nenek aku ni memang kuat...dah banyak kali jatuh dia tetap steady jer..jatuh yang paling teruk ialah jatuh di tangga bilik air makcik aku. dengan pergelangan tangan patah. Sudah jatuh masih lagi boleh bangun sorang-sorang masuk bilik tidur semula..bila siang..makcik aku jenguk..perasan muka..kepala bengkak..pergelangan tangan patah..pendarahan dalam..dah lebam separuh muka nenek aku..benjol di kepala..tetapi nenek tetap ok je..cuma lemah sikit...jatuh yang kedua..dibilik tidur nenek..nenek jatuh terkene bucu katil..berdarah banyak giler..sampai kadang masa aku dan cousin nak lap bau darah ada rasa loya tapi aku tahankan je..tetap lapkan darah-darah di kepala..jatuh yang lain..jatuh masuk longkang...jatuh dari tempat duduk..macam-macam cara jatuh lah..nenek tetap kuat. Bila diberi tongkat..tongkat tu kedepan sesangat..bukan ampung badan nenek..hihi..nak tergelak bila lihat nenek menggunakan tongkat. Memang nenek tak reti menggunakannya..walaupun sudah banyak kali kami tunjukkan cara menggunakannya.
Nenek tetap sengih jer walau apa-apa pun terjadi
..itu lah nenek Halimah aku..hihi
Heroin...